Saturday, January 6, 2018

PETUA KULIT CANTIK MENGGUNAKAN AIS BATU

Assalamualaikum semua and Hye


Kecantikan kulit wajah amat penting terutama bagi para wanita. Sebenarnya terdapat macam-macam petua yang boleh kita amalkan untuk memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.

Seharian bekerja dan kemudian pulang ke rumah melayani keluarga pasti letih dan tidak sempat melakukan rawatan kecantikan untuk muka. Begitu juga dengan full time housewife atau work at home mom yang sibuk sepanjang hari.

Untuk hari ini, Yana nak share dengan anda semua cara paling mudah dan murah memelihara kecantikan kulit dengan hanya menggunakan ais batu :)

Ais batu bukan sahaja dapat menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan sebagai petua untuk mencantikkan wajah. 

Antara 5 kelebihan ais batu yang boleh digunakan untuk menjaga kecantikan kulit:

1. AIS BATU MENGHILANGKAN JERAWAT 


Jerawat ialah musuh utama untuk kulit wajah terutama bagi kaum wanita. Kewujudannya pasti tidak disenangi pada wajah anda.

TIPS MENGECUTKAN JERAWAT MENGGUNAKAN AIS BATU:
Ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah.

Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan serta membantu mengecutkan jerawat anda.

2. AIS BATU MENGECILKAN LIANG PORI 


Ais boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori yang besar pada wajah.

Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil pada wajah anda untuk mengurangkan saiz liang pori sebelum anda make up. Cuba lah lepas nih, make up pun lagi cantik.

Selain itu, ais batu juga membantu mengurangkan jumlah bahan kimia daripada meresap ke dalam kulit.

3. AIS BATU MENGURANGKAN MATA YANG SEMBAB


Mata yang sembab biasanya berlaku akibat masalah kurang tidur atau terlalu stress.

TIPS MENGURANGKAN MATA SEMBAB:
Ambil beberapa ketulan ais batu dan bungkuskan dengan tuala. Gosok secara perlahan-lahan di permukaan kulit di keseluruhan bahagian mata anda. Kesejukan daripada ais akan memberikan kesan yang menenangkan di bahagian mata.

4. AIS BATU MENGEMBALIKAN KESEGARAN WAJAH. 


Apabila anda menekap ais batu di wajah, secara automatik ia akan meningkatkan peredaran darah. Kesan sejuk dapat membantu menyegarkan kulit anda yang kusam.

TIPS SEGARKAN WAJAH DENGAN AIS BATU:
Ambil beberapa ketulan ais dan letakkan ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda dengan menekapnya pada wajah.

Atau, letakkan ais di dalam tuala kecil dan tekapkan pada wajah anda.

5. AIS BATU MELANCARKAN PEREDARAN DARAH 


Gosok ais batu yang sudah dibalut dengan tuala atau kain pada wajah selama satu minit. Ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala.

Ia sangat berkesan untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Sebaiknya amalkan tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

Dari segi penjagaan dalaman, boleh ambil supplement sebagai langkah untuk menjaga kecantikan dan kesihatan dari dalaman. Salah satunya yang terbaik adalah VIVIX. Boleh click di link di bawah untuk info lanjut berkenaan Vivix :)



Untuk order secara online boleh click link di sini,


Atau boleh whatsapp Yana di 016-2099703.


 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com