Saturday, December 23, 2017

TIPS CEPAT HAMIL

Assalamualaikum and Hye semua

Setiap pasangan suami isteri selepas diijabkabulkan mengidamkan untuk mempunyai cahaya mata sebagai penyambung zuriat dan keturunan, juga sebagai penyeri keluarga.


Ada pasangan suami isteri yang bunting pelamin, ada juga yang berjaya hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga. Namun, tidak semua pasangan suami isteri dikurniakan rezeki anak dengan cepat seperti yang diharapkan. Ada yang terpaksa menunggu setahun dua, ada juga yang bertahun-tahun tetap masih belum dikurniakan zuriat lagi.

Segalanya bergantung kepada rezeki masing-masing, Allah jua sebaik-baik perancang. Tugas kita adalah untuk terus berusaha dan banyakkan berdoa agar kita berjaya hamil serta dikurniakan zuriat yang soleh solehah.

Ada berbagai-bagai tips dan petua cepat mengandung tapi saya ambil mana yang terbaik untuk dikongsikan bersama. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda semua yang sedang dalam proses TTC / ikhtiar untuk hamil.

Tips Meningkatkan Kesuburan Suami dan Isteri supaya Cepat Hamil 

1. Lakukan hubungan intim pada waktu yang tepat 

Pastikan anda tahu waktu subur kerana telur anda (Ovum) hanya akan aktif dalam masa 24 jam dari masa ia dilepaskan dari Ovari. Jadi ia perlu disenyawakan dalam tempoh itu. Manakala bagi suami pula, sperma yang aktif akan hidup selama 48 hingga 72 jam. 

2. Elakkan tekanan atau stress 

Selalunya pasangan yang lambat dapat anak akan mudah tertekan terutamanya disebabkan oleh desakan daripada keluarga dan juga orang sekelilingnya. Ini perlu dielakkan kerana apabila anda stress, ia akan mengubah waktu subur anda dan seterusnya mengubah waktu ovulasi (waktu telur dibebaskan dari ovari) anda. Apabila ianya terjadi, adalah sukar untuk anda mengetahui waktu subur anda yang sebenarnya.

3.Kekalkan berat badan yang ideal 

Anda perlu mendapatkan berat badan yang ideal sekiranya anda merancang untuk hamil. Sekiranya anda terlebih berat atau pun terkurang berat badan, ia akan menyumbang kepada lambat hamil. Lakukan senaman secara berkala dan kawal pemakanan, tapi jangan pula lakukan diet secara drastik kerana ia akan mengganggu kesihatan anda. Pemakanan yang sihat dan seimbang juga akan membantu kepada mudahnya untuk hamil. 

4. Amalkan pengambilan Grape Seed extract

Pengambilan grape seed bersama-sama dengan Vitamin C dapat membantu lendir serviks untuk meningkatkan mobiliti sperma ke dalam faraj. Sekiranya anda mengalami masalah ‘kering’ semasa bersama, carilah Grape Seed. Grape seed ni adalah antioksidan yang baik dan membantu dalam mengekalkan water retention, memperbaiki peredaran darah di kaki dan masalah buasir. Selain itu, ia membantu mengurangkan tekanan darah bagi wanita yang menjadikan ia bermanfaat pada masa anda sedang mencuba untuk hamil. 

5. Makan makanan yang sihat dan seimbang 

Bagi anda yang merancang untuk hamil, anda perlu mengambil berat tentang diet yang anda amalkan setiap hari. Isteri perlu mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan protein, zat besi (Iron), kalsium dan omega-3. Isteri juga disarankan untuk mengambil lebih sayur-sayuran berdaun dan buah-buahan untuk mengekalkan keseimbangan hormon yang mengawal selia proses ovulasi anda. 

Suami pula perlu mengambil makanan yang kaya dengan zink untuk membantu meningkatkan bilangan sperma. Ini termasuklah salmon, tiram, ayam, beras perang dan juga bayam. 

6. Pengambilan Asid Folik 

Pengambilan asid folik sangat disarankan untuk diambil oleh isteri bagi meningkatkan peluang anda untuk mempunyai bayi yang sihat. Asid Folik boleh diambil sebaik-baiknya 4 bulan sebelum anda hamil. Jadi sepanjang tempoh merancang untuk hamil lagi anda perlu mula ambil setiap hari.

Tahap zat besi dan kalsium juga perlu dijaga dan semua ini membantu untuk mengurangkan sebarang kecacatan yang mungkin berlaku pada janin dan juga membantu dalam proses tumbesaran bayi yang sihat 

7. Elakkan menggunakan pelincir ketika bersama 

Penggunaan pelincir akan mengurangkan keupayaan sperma untuk ‘berenang’ ke vagina. Anda boleh mengamalkan pengambilan Grape Seed, Alfalfa juga boleh membantu.

Anda juga boleh banyakkan minum air kerana apabila anda banyak minum air, ia akan membantu anda untuk melincirkan dan memudahkan tugas tisu-tisu dan organ-organ serta membantu nutrient diserap dengan sempurna. 
Air juga pada masa yang sama mengeluarkan toxin dari badan kita.

8. Elakkan pengambilan kafein dan minuman beralkohol serta merokok 

Kafein dan Alkohol akan mengurangkan kualiti sperma dan peluang untuk hamil. Alkohol apabila dimakan mewujudkan komplikasi dan kekal dalam aliran darah wanita. Kafein dan merokok juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari darah dan menghadkan peluang untuk hamil. Sekiranya suami adalah seorang perokok, adalah sangat penting untuk mengambil lebih banyak makanan yang mengandungi Vitamin C. 


Bagaimana Supplement Shaklee Boleh Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Anda Hamil?

Macam yang Yana dah share dalam entry sebelum ini berkenaan NUTRISI BAGI MEREKA YANG IKHTIAR HAMIL, pengambilan nutrisi yang sangat penting bagi meningkatkan tahap kesihatan sel dalam badan kita. Bila sel kita sihat, inshaaAllah peluang untuk hamil juga lebih tinggi.


Antara supplement yang membantu untuk mereka yang ikhtiar hamil:

GLA Complex (60 capsules)

Diperkaya dengan Vitamin E dan sunflower seed oil yang membantu menstabilkan hormon isteri. GLA juga membantu menghasilkan cecair kesuburan yang antara kebaikannya adalah membantu menyediakan “ruang” untuk sperma terus hidup dalam tiup falopio sehingga 5 hari 

Vitamin E (120 capsules)

Vita-E Complex Shaklee ini mengandungi 400 IU Vitamin E, 39.4 mg grapeseed, 65 mcg selenium. Pengambilan bersama-sama dengan Vitamin C dapat membantu lendir serviks untuk meningkatkan mobiliti sperma ke dalam faraj. Sekiranya anda mengalami masalah ‘kering’ ketika bersama memang patut ambil Vitamin E ni. 

Selain dari itu, suami yang mengambil 600 IU – 800 IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Dengan kehadiran selenium, ia akan membantu meningkatkan kualiti air mani suami. Ia juga mampu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen. 

Vita-lea with Iron Formula (120 tablets)

Ia membantu membekalkan vitamin penting dalam tubuh badan untuk mengoptimumkan fungsi badan, mencukupkan keperluan nutrisi dan juga supaya badan kita lebih bersedia untuk proses kehamilan. 

B-complex with Folic Acid (120 tablets) 

Asid folic sangat diperlukan pada awal kehamilan dan sebagai persediaan untuk hamil. Asid folic membantu mengelakkan masalah neural tube defect pada baby.
Vitamin B12 yang ada dalam B-complex ini membantu membanyakkan sperma dan Vitamin B6 dapat membantu meningkatkan kesuburan isteri. 

Vitamin C (180 tablets)

Bagi suami, Vitamin C ini akan membantu untuk mencegah penggumpalan sperma untuk menjadikannya bergerak lebih aktif. Bagi isteri pula, ia akan membantu mengawal keseimbangan hormon, menguatkan sistem imunisasi dan meningkatkan kesuburan. Yang uniknya, Vitamin C ini akan dilepaskan secara perlahan-lahan dalam badan kita dan akan bertahan lebih lama dalam badan. 

Alfalfa (330 tablets)

Alfalfa membantu mengatasi masalah keputihan yang boleh menyebabkan jangkitan kuman, antara penyebab susah lekat. Alfalfa juga dapat membantu meningkatkan stamina serta membanyakkan pelincir semula jadi semasa bersama.

Energizing Soy Protein 

Protein dapat membantu menguatkan otot rahim. Kadang kala ada yang berjaya lekat tapi tak kuat dan gugur semula sebagai haid. InshaaAllah pengambilan protein membantu untuk perlekatan lebih kuat. Asid amino juga penting dalam pembentukan sel ibu dan pertumbuhan semua sel bayi.

Alhamdulillah dah ramai yang mendapat kebaikan selepas consume supplement untuk ikhtiar hamil. Yana share sekali beberapa feedback daripada customer yang berjaya hamil selepas consume supplement Shaklee.






Untuk order dan pertanyaan lanjut boleh whatsapp saya di 016-2099703 atau untuk pembelian secara online boleh click link di bawah:



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com