Saturday, December 30, 2017

COQ10 KINI BERWAJAH BARU DARI SHAKLEE MALAYSIA

Assalamualaikum semua and Hye

Bermula 1 Januari 2018, Shaklee akan membawa masuk satu produk baru menggantikan CoQ Health yang dihentikan penjualan di negara kita sekitar 3 tahun lalu. Produk yang baru ini dikenali sebagai CoQ-Trol Plus.

Produk CoQ-Trol Plus ini adalah antara supplement yang terbaik untuk kesihatan jantung dan sememangnya ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pengguna setia supplement Shaklee.

CoQ-Trol Plus merupakan campuran proprietari 100mg Coenzyme Q10, Resveratrol dan Tokoferol yang memberikan hasil dan manfaat Coq10 yang lebih baik.




CoQ10 untuk Kesihatan Jantung

Jantung kita mengepam kira-kira 2,000 gelen darah seluruh badan setiap hari. Sebagai otot yang bekerja paling kuat di dalam badan kita dan juga sebagai pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung kita memerlukan sejumlah besar tenaga untuk berfungsi dengan efficient.

Tenaga yang diperlukan oleh jantung disediakan dengan bantuan nutrien yang dikenali sebagai coenzyme Q10 (CoQ10) yang juga berperanan dalam menyokong kesihatan saluran darah. CoQ10 dihasilkan secara semula jadi oleh badan kita dan CoQ10 juga terdapat dalam semua sel dalam badan kita.

Pengambilan makanan dapat membantu mengekalkan tahap CoQ10 dalam sel badan kita; akan tetapi jumlah CoQ10 yang kita dapat daripada makanan biasanya kurang daripada 10 mg sehari. Faktor-faktor seperti pemakanan yang tidak sihat dan pendedahan kepada radikal bebas setiap hari menjadikan kita memerlukan nutrien ini lebih lagi daripada pengambilan makanan tambahan (supplement) untuk memastikan paras CoQ10 dalam sel kita adalah mencukupi.

Jantung kita berdegup sekitar 100,000 kali sehari.

Penggunaan ubat-ubatan tertentu boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam darah. Contohnya Statin. Statin adalah ubat untuk kolesterol, Statin bukan sahaja menurunkan paras LDL (kolestrol jahat), tapi Satin turut mempunyai kesan sampingan iaitu menghalang tubuh kita daripada mengeluarkan CoQ10 secara semula jadi.

Tahap CoQ10 dalam darah boleh menurun sehingga 50%.

Kenapa pentingnya CoQ10 ni?

CoQ10 ada di dalam sel badan secara semula jadi dan sangat penting untuk pengeluaran tenaga, terutamanya hati. Tanpa tahap CoQ10 yang mencukupi, pengeluaran tenaga dalam sel akan menurun yang akan menyebabkan fungsi jantung turut terjejas.

Selain itu, CoQ10 membantu melindungi daripada kolesterol LDL. Ini disebabkan CoQ10 mempunyai aktiviti anti-oksidan yang kuat dan dapat membantu melindungi arteri kita daripada kerosakan akibat LDL yang teroksida. Kolesterol LDL yang teroksidasi boleh merosakkan salur darah dan boleh mencetuskan perkembangan plak arteri. Pembentukan plak membawa kepada penyempitan arteri dan akhirnya boleh menghalang aliran darah ke jantung dan otak, menyebabkan serangan jantung atau strok.

Jadi secara ringkasnya, CoQ10 sangat penting untuk: 

- Tenaga kepada sel, supaya jantung dapat berfungsi dengan baik 
- Mengurangkan kesan sampingan pengambilan statin 
- Menggalakkan pengeluaran enzim CoQ10 
- Melindungi arteri daripada kerosakan akibat oksidasi LDL 

Apa pula kata Pakar?

Dr Stephen, pakar jantung.

Menurut Dr Stephen beliau telah memberi suplemen CoQ10 kepada pesakit jantung pada tahun 1986 dan beliau sangat teruja dengan hasil dan peningkatakan kesihatan pesakit beliau.



Dr Jamie McManus

Dr Jamie pula mencadangkan CoQ-Trol untuk kesihatan jantung. Selain CoQ-Trol, boleh ambil Omega Guard dan Phytocol-ST sebagai tambahan untuk supplement lengkap bagi kesihatan jantung.



Apa yang membuat Shaklee CoQ-Trol Plus lain daripada CoQ10 lain di pasaran? 

* CoQ-Trol Plus mengandungi campuran unik CoQ10 dan resveratrol yang berfungsi untuk membantu menghasilkan tenaga dan menguatkan jantung anda. Resveratrol juga membantu melambatkan penuaan.

* CoQ-Trol Plus mengandungi minyak zaitun sebagai sebahagian daripada sistem penyerapan semula jadi daripada Shaklee. 

Bagaimana CoQ10 Membantu Untuk Mencantikkan Kulit?

Selain untuk kesihatan, CoQ10 juga memainkan peranan yang penting untuk menjadikan kulit kita lebih cantik dan awet muda. Apabila umur kita semakin meningkat, paras CoQ10 dalam sel kita juga semakin berkurangan. Kebanyakan wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas juga mempunyai paras CoQ10 yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. 

Kekurangan CoQ10 akan membawa kepada kurangnya penghasilan kolagen dan elastin pada kulit. Kolagen sangat penting kerana ianya membuatkan kulit kita menjadi lebih tegang dan anjal manakala elastin menjadikan kulit kita lebih fleksibel. Kekurangan kolagen dan elastin akan menyebabkan kulit kita mula berkedut dan menjadi kendur.

CoQ10 juga membantu mencantikkan kulit dengan bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat. Ia membantu untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel badan kita seterusnya menyebabkan penuaan berlaku dengan lebih cepat. Bila sel kita dilindungi, sel kita tidak mudah dirosakkan oleh radikal bebas daripada persekitaran,

Harga juga jauh lebih jimat dan berbaloi-baloi daripada supplement CoQ10 lain di pasaran. Nantikan kemunculannya pada 1 Januari 2018!


 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com