Saturday, April 15, 2017

PCOS Punca Wanita Susah Hamil.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua

Pernah dengar tak satu istilah yang dipanggil PCOS di kalangan wanita?

PCOS adalah singkatan bagi “Polycystic Ovarian Syndrome” atau juga dikenali sebagai “‘Stein-Levanthal syndrome”.

Dianggarkan 5 hingga 10% wanita yang berada di dalam lingkungan umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan di mana terdapat hormon lelaki yang berlebihan dan insulin di dalam pengidap PCOS. 


Ia disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur yang disebabkan oleh tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, metabolisma gula dan kolesterol yang terganggu.

Apakah gejala-gejala PCOS? 
  • Kitaran haid yang tidak teratur, jika haid datang kerap kali menjadi banyak dan berpanjangan 
  • Kegemukan atau obesiti 
  • Kencing manis 
  • Kolesterol tinggi 
  • Kemandulan 
  • Ketumbuhan bulu-bulu yang berlebihan seperti lelaki. 


Bagaimana PCOS dikenalpasti/dianogsis?

Doktor akan mengesahkan pesakit menghidap PCOS apabila 2 daripada kriteria tersebut di bawah dipenuhi iaitu:

  • Kitaran haid tidak teratur 
  • Ujian darah menunjukkan hormon tidak seimbang seperti berlebihan hormon lelaki dan / atau ujian klinikal menunjukkan hormon tidak seimbang 
  • Ujian scan / imbasan pelvis menunjukkan ‘polycystic ovari’ 


Apakah ‘polycystic ovary’?

‘Polycyctic ovary’ dikenalpasti melalui ujian scan / imbasan pada pelvis pesakit dan didapati terdapat ‘cyst’ kecil-kecil pada bahagian ovari pesakit yang selalu terdapat dalam 12 cyst atau lebih. Setiap satu cyst anggaran saiz di antara 2-8 mm dibahagian tepi ovari. Ianya juga dipanggil ‘String of pearls’. Cyst kecil ini dikatakan TIDAK akan membesar hingga menyebabkan pembedahan. Sebanyak 20% dikalangan wanita yang normal apabila dilakukan ujian imbasan pelvis menunjukkan terdapat ‘polycyctic ovary’. Hanya sebanyak 6-7% wanita sahaja di kalangan mereka yang menghidap PCOS.


Mengapakah pesakit PCOS sukar hamil?

Ini disebabkan oleh masalah ovuasi dikalangan pesakit PCOS. Disebabkan pesakit PCOS mengalami masalah hormon tidak seimbang, ia menganggu proses kematangan dan perkembangan telur di kilang ovari. Hal ini menyebabkan ovulasi sukar berlaku dan kitaran haid terganggu. Disebabkan ovulasi yang sukar terjadi, peluang untuk hamil juga menjadi tipis.

Apakah risiko kesan jangka panjang untuk pesakit PCOS?
  • 10-20% pesakit PCOS berisiko tinggi menghidap kencing manis terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga penghidap kencing manis 
  • Masalah kolesterol tinggi 
  • Masalah tekanan darah tinggi 
  • Sakit jantung 
  • Barah rahim terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur 
  • Masalah tidur 
  • Kemurungan 

Apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah pesakit PCOS? 
  • Turunkan berat badan bagi pesakit yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Kadangkala pesakit hanya perlu turunkan berat antara 5-10% sahaja dari berat asal untuk menampakkan kesan positif dan penyakit PCOS semakin dapat diatasi. 
  • Ambil ubat atau supplement untuk memperbetulkan kitaran haid. 
  • Ubat kencing manis, contohnya metformin bagi pesakit yang mempunyai masalah hormon insulin insulin yang tinggi, berat badan berlebihan dan menghidap kencing manis. 
  • Ubat fertiliti untuk merangsang kesuburan atau ovulasi. 
  • Pembedahan ‘ovarian-drilling’. 

Walau bagaimanapun, PCOS juga dapat diatasi secara semula jadi dengan menjaga pemakanan dan mengambil makanan atau diet yang seimbang serta sihat.

‘Supplements; dan ‘Superfood’ untuk PCOS

Antara makanan yang dianggap sebagai ‘superfood’ yang memberi banyak manfaat terutamanya kepada penghidap PCOS adalah seperti berikut:

Avocados

Walaupun avocados dikatakan mempunyai tahap lemak yang tinggi tetapi lemak yang terkandung dalam buah avocados adalah lemak baik dan mampu menjadi anti-keradangan secara semulajadi. Sifat anti-keradangan yang terdapat dalam avacados sangat sesuai untuk pesakit PCOS yang menghadapi masalah keradangan.

Satu kajian telah membuktikan masalah keradangan ini akan menyebabkan dan merangsang masalah ‘ovary polycyctic’ dengan menghasilkan androgen. Masalah keradangan yang dihadapi pesakit PCOS meningkatkan hormon insulin dan ia menjadikan pesakit PCOS menjadi semakin kritikal. Antara kelebihan avocados yang lain adalah ia mampu menyerap nutriens yang berasaskan minyak atau lemak dan nutriens karotanoid khususnya.



Kekacang

Kekacang mempunyai indeks glisemik indeks yang rendah di mana ia ditukarkan kepada tenaga/gula dan dilepaskan secara perlaha-lahan ke dalam badan kita. Keadaan ini menyebabkan kekacang adalah pilihan yang sangat sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis dan pesakit PCOS yang menghadapi masalah dengan hormon insulin.

1 kajian telah dilakukan ke atas 31 orang wanita penghidap PCOS. Kumpulan wanita berkenaan dibahagikan kepada 2kumpulan. 1kumpulan diberikan kacang walnuts dan 1kumpulan lagi diberikan kacang badam (almonds). Mereka diarahkan untuk mengambil kekacang ini secara konsisten setiap hari selama 6minggu berturut-turut. Dan keputusan yang diperolehi sangat mengujakan!

Para pengkaji tersebut telah mendapat wanita yang mengambil kacang walnuts setiap hari secara konsisten “sex hormone-binding globulin” mereka menjadi meningkat. Ini adalah penting kerana SHBG berperanan menjadi pengikat dengan hormon testosterone dan menurunkan kadar hormon testosterone yang berlebihan. Hal ini secara tidak langsung mengurangkan secara total simptom-simptom yang dialami oleh pesakit PCOS.

Manakala bagi kumpulan wanita yang mengambil kacang badam (almonds) secara konsisten setiap hari, para pengkaji ini mendapati memberi keseimbangan kepada hormon androgen dan testosterone dalam badan mereka.



Kulit kayu manis

Kulit kayu manis bukan sahaja sangat penting digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan tetapi ia juga sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Satu kajian telah membuktikan kulit kayu manis mampu menurunkan paras glukos dalam darah kepada pesakit kencing manis jenis 2.

Kulit kayu manis menstabilkan hormon insulin dalam badan penghidap kencing manis. Insulin sangat penting bagi ovari untuk menghasilkan hormon testosterone. Jadi pengambilan kulit kayu manis juga mampu mengawal paras hormon testosterone.

Satu kajian juga telah dijalankan ke atas 45 orang wanita penghidap PCOS. Wanita ini diarahkan untuk mengambil kulit kayu manis secara konsisten setiap hari sebanyak 2 kali. Dan didapati mereka boleh hamil secara semula jadi selepas beberapa ketika.

Sebanyak manakah para penghidap PCOS boleh mengambil kulit kayu manis setiap hari?

Secara purata mereka boleh mengambil sebanyak 3g kulit kayu manis setiap hari secara konsisten.



Cuka epal


Tiada kajian khusus telah dilakukan ke atas cuka epal terhadap penghidap PCOS tetapi kebolehan cuka epal mengawal insulin dalam badan adalah diakui. Cuka epal juga mampu mengawal paras gula dalam darah dan cuka epal boleh mengawal ‘carb cravings’.



Ikan salmon


Ikan salmon merupakan sejenis ikan yang tinggi dengan vitamin D dan omega-3. 


Setiap 4oz ikan salmon membekalkan 127% vitamin D yang diperlukan oleh badan manusia.

Kekurangan vitamin D dalam badan akan mengakibatkan:

  • Masalah hormon insulin 
  • Kitaran haid tidak stabil 
  • Mengurangkan peluang untuk hamil secara semulajadi 
  • Masalah obesiti 
  • Penyakit kardiovaskular 
Ikan salmon juga tinggi dengan omega-3. Omega-3 penting di dalam tubuh kita sebagai penstabil kepada hormon testosterone di dalam badan penghidap PCOS.



Supplements Shaklee untuk PCOS


Shaklee juga ada menyediakan beberapa ‘supplements’ untuk pesakit PCOS yang bersesuaian.

Antaranya:


Omega-3 penting dalam tubuh kita sebagai penstabil kepada 
hormon testosterone 
di dalam badan penghidap PCOS.


Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium sekaligus.



Multivitamin dari Shaklee yang dilengkapi dengan zat besi.



Lengkap dengan semua jenis vitamin B termasuk B6 dan tambahan Asid Folik.



Tinggi dengan resvesterol - Bantu perbaharui sel dalam badan.


HOW CAN VIVIX HELP IN PCOS?

Sedikit info tentang total testosterone, ianya adalah tinggi di dalam wanita PCOS, note that even a slightest increase of testosterone in woman body can suppress normal mesntruation and ovulation, hence affecting fertility. 


Maksudnya di sini, peningkatan walau sedikit hormon testosteron dalam badan seorang wanita akan menyebabkan wanita itu kurang subur dan wanita itu juga akan mendapat ciri-ciri lelaki seperti rambut berlebihan di wajah atau dada.

Satu kajian telah dibuat di mana seramai 30 orang wanita dengan PCOS diberikan resveratrol dan placebo selama 3 bulan.

Prior the study, serum total Testosterone and DHEAS (another hormone that can be converted to testosterone) dan juga OGTT telah diambil untuk melihat risiko penyakit diabetes pada wanita PCOS ini. Ini kerana kurangnya sensitiviti badan pada insulin dalam kes PCOS.

Selepas 3 bulan, ujian darah dan OGTT yang sama telah diambil. 

And the result?

In women taking Resveratrol:

  • PENGURANGAN 23.1% pada total serum Testosterone.
  • PENGURANGAN 22.2% pada DHEAS.
  • PENGURANGAN 31.8% pada fasting blood glucose.

Pada placebo pula menunjukkan peningkatan pada Testosterone and DHEAS, 2.9% and 10.5% respectively. 

(Placebo ni kiranya macam kita x ambil apa-apa)

Therefore, mereka simpulkan yang RESVERATROL BERJAYA MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN dan MENGURANGKAN RISIKO DIABETES.



Soy isoflavens dan mempunyai indeks glisemik yang rendah sesuai dengan penghidap PCOS dan kencing manis.



Penting untuk menstabilkan kitar haid serta hormon dalam badan.



Hubungi Lyana terus untuk order dan pertanyaan lanjut.



 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com