Tuesday, November 21, 2017

Produk Penjagaan Bayi Organik : SHAKLEE BABY

Asssalamualaikum and Hye


ALHAMDULILLAH, SHAKLEE BABY SET IS NOW AVAILABLE 
FOR SALE!

Memang dah lama Yana tertunggu tunggu Shaklee keluarkan produk 
skincare khas untuk baby dan kanak kanak.

Sebab dari Ayish kecik dulu memang Yana biasa guna produk farmasi 
yang Sebamed atau pun yang daripada brand Buds. 

Finally Shaklee dah launch organic baby products semestinya lepas nih 
Ayish hanya akan menggunakan Shaklee Baby Products.

Ada 3 product dalam 1 set baby Shaklee iaitu :

GENTLE WASH
SOOTHING LOTION
MASSAGE OIL 


Kalau baby yang ada eczema atau kulit sensitif boleh tak guna set nih?

Jawapannya YES OF COURSE, highly recommended!

Shaklee Baby Products telah pun diuji oleh pakar kanak-kanak 
(Pediatrician Tested) dan BEBAS PARABEN ☘️

Shaklee Baby is safe, gentle and beyond organic.

Satu set ini boleh digunakan 3-4 bulan lamanya, bergantung kepada 
kekerapan penggunaannya. Pakai sikit sahaja dah memadai sebab 
concentration dia agak tinggi.

(1) Shaklee Baby Gentle Wash

Shaklee Baby Gentle Wash di formulasi khas untuk membersihkan 
kulit bayi dengan lembut dan efektif. 

Telah diuji sesuai untuk kulit sensitif.



Kaya dengan aloe organik, ekstrak oat, dan minyak zaitun 
untuk membersihkan kulit dengan lembut. 

Lavender organik menenangkan kulit. 

Chamomile organik memberikan rasa tenang dan relaks. 

Mudah dibilas dan punyai PH seimbang.

(2) Shaklee Baby Massage Oil

Shaklee Baby Massage Oil, minyak yang sempurna untuk anda lakukan 
urutan manja dengan bayi. Penting tau buat urutan bayi nie, kerana ia 
antara cara terbaik untuk bina ikatan dengan bayi.


Malah, ada kajian mengatakan bahawa urutan boleh bantu tenangkan 
bayi, bantu pencernaan serta memperbaiki paten tidur bayi.

Keistimewaan minyak urut Shaklee Baby ini sudah semesti kerana 
bahannya yang 99% organik dan semulajadi. 

Adunan istimewa minyak organik dan ekstrak essential oil untuk 
melembapkan kulit dengan lembut. 

Juga mengandungi Lavender dan Chamomile untuk menenangkan.

(3) Shaklee Baby Soothing Lotion

Shaklee Baby Soothing Lotion memastikan kulit bayi kekal lembut 
dan lembap. 

Telah diuji sesuai untuk kulit sensitif. 

Ini bukan untuk bayi sahaja, malah kanak-kanak dan orang dewasa 
yang punyai kulit sensitif pun boleh pakai.


Aloe dan minyak organik seperti Shea Butter, Sunflower Seed dan 
kelapa membantu melembapkan kulit dan membajai nutrien kulit. 

Essential oils organik seperti Lavender, Chamomile, Rosemary dan 
Vanilla Fruit bantu rasa menenangkan. 

Losyen ini tidak melekit.

Shaklee Baby Produk Penjagaan Bayi Terbaik

Memang terbaik sangat semua bahan yang Shaklee gunakan untuk 
menghasilkan Shaklee Baby ini.

Ada Aloe organik, minyak organik, dan essential oils organik. 

Semuanya bahan-bahan organik premium. 

Tak perlu beli Essential Oils tambahan lagi. 

Kualiti premium setanding harganya.


Jika anda dah biasa menggunakan produk penjagaan bayi organik, 
atau ada anak yang mempunyai kulit sensitif dan eczema, 
boleh lah cuba Shaklee Baby ini. 

Sebab anak yang ada eczema tak boleh pakai sabun dan losyen biasa-biasa. 
Kena yang betul-betul lembut, organik dan selamat.


Sebenarnya dari awal November masa Shaklee announce Shaklee akan l
aunch Set Baby Products nih, ofcourse Yana dah beli siap siap 1 set 
untuk Ayish dan Yana sudah pun menggunakan all 3 products kat Ayish. 

Feedback daripada Yana sendiri lepas guna set nih pada Ayish :

• Untuk gentle wash (mandian) memang bau dia fresh macam kat spa! 
Ayish suka sangat, of course lepas mandi Mama gomol dia sebab bau 
wangi sangat kann.. Kulit Ayish pun jadi lembut and makin halus. 
Paling penting, tak memedihkan mata.

• Untuk lotion best sangat bau macam nak makan! Nasib baik dak 
Ayish tak kena makan dengan Mama 😋 Ayish pun suka bau lotion tu, 
lepas mandi sibuk dah ambil lotion suruh kita sapu kat dia. 
Paling obvious kulit Ayish always lembap dan tak kering.

• Massage oil Yana biasanya apply masa time mandi petang atau before 
Ayish tidur. Kalau sapu sebelum dia tidur tu memang nampak la dia lagi 
mudah nak tidur dan lebih nyenyak.

Especially untuk mummy-mummy yang ada baby dan kids yang 
mempunyai masalah KULIT SENSITIF, boleh lah cuba set nih 
inshaaAllah memang terbaik 👍🏻

Hubungi Yana untuk dapatkan Set Baby Products yang sangat best 
and exclusive nih.

Atau boleh click pada link di bawah untuk terus purchase secara ONLINE.



Monday, November 20, 2017

Y.O.U.T.H Skincare By Shaklee

Assalamualaikum and Hye

Rangkaian Penjagaan Kulit Muka Shaklee YOUTH ini merupakan 100% semula jadi (natural) dan dijamin BEBAS dari parabens, phtalates, hydroquinon dan mercury.


So here Yana nak share antara produk yang terkandung dalam YOUTH 
step by step :)

Langkah pertama :

Membersih secara menyeluruh hingga ke dalam pori dengan YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER.


Langkah kedua :

Menutup pori yang sudah dibersihkan dengan YOUTH PERFECTING SKIN TONER. Usually tak pakai toner lepas cuck muka antara punca pori muka besar.

Langkah ketiga :

Memulih dan memperbaiki kulit dengan YOUTH ACTIVATING SERUM.



Langkah keempat :

Melembap, mencerah dan memberi nutrisi kepada kulit dengan YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER pada waktu siang dan YOUTH ADVANCE RENEWAL NIGHT CREAM pada waktu malam.


Penjagaan extra special :

Vitamin C dan E untuk meningkatkan keserian dan kecerahan kulit, membantu menghasilkan sel kulit baru serta menghilangkan kedutan dan menegangkan kulit dengan YOUTH RADIANCE C & E.


SKINCARE YOUTH diuji secara klinikal dan diuji secara dermatologi. Selain itu ia turut diuji oleh pakar mata (Ophthalmologist) membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata, tidak merengsakan walaupun pada mata yang sensitif.

Ohhh yes, sebagai tambahan BB Cream pun ada :)

I am super duper excited on this new products!

InshaaAllah akan launch next year on Feb 2018, will update once available okay.


Sunday, October 1, 2017

ESP SHAKLEE : SUPPLEMENT PERTAMA KU

Assalamualaikum semua and Hye

Untuk entry kali nih, Yana nak share dengan anda semua berkenaan salah satu supplement Shaklee yang first sekali Yana consume iaitu ENERGIZING SOY PROTEIN atau singkatannya lebih dikenali sebagai ESP.


Yana merupakan pengguna ESP sejak lebih 4 tahun yang lalu dan ESP nih dah banyak sangat berikan positive effects pada diri Yana sendiri.

✨Before my wedding day, ESP bantu untuk jadikan kulit Yana lebih berseri dan juga Yana berjaya loose weight around 2 kg dalam masa 2 weeks.

✨Masa yang miscarriage on my first pregnancy, ESP bantu kuatkan balik otot rahim dan Alhamdulillah kemudian rezeki Yana pregnant kan Ayish. 

✨Lepas bersalin, ESP sangat membantu untuk baikkan luka bersalin czer lebih cepat dan juga ESP bertindak sebagai MILK BOOSTER - pekatkan dan banyakkan susu badan. 

✨Alhamdulillah Ayish pun kulit dia sangat gebuuu, badan pun lebih pejal dan tulang dia lebih kuat dengan asbab Yana consume ESP daripada dia kat dalam rahim sampai lah lepas bersalin dia dapat khasiat ESP melalui susu badan 😊


❤️ MY SHAKLEE BABY ❤️


Sampai sekarang Yana pun masih consume ESP lagi, setiap pagi sebelum breakfast Yana akan bancuh ESP nih dulu. Kadang kadang tu tak breakfast pun sebab dah kenyang, terus lunch je nanti baru Yana akan makan berat.


Basically, ESP merupakan salah satu supplement yang sangat penting untuk memiliki kulit yang sihat, lebih cerah dan berseri.

Salah satu punca kulit menjadi kusam adalah disebabkan kekurangan protein dalam diet harian.

INFO BERKENAAN ESP YANG YOU PERLU TAHU :

Protein sangat penting ibarat batu bata yang membina rumah, macam tu jugak protein ni merupakan blok asas kepada sel dalam tubuh badan kita.

Protein membantu untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan tisu yang mana turut melibatkan kulit kita 😊

Bila kita mempunyai cukup protein intake setiap hari, secara tak langsung akan membantu dalam membina kulit yang sihat dan cantik ❤️

Keistimewaan ESP :

• Menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non GMO)

• Setiap hidangan membekalkan 14g protein berasaskan tumbuhan - protein soya dapat membantu menurunkan paras kolestrol

• Membekalkan 9 asid amino yang diperlukan dalam badan which badan kita tak boleh hasilkan sendiri

• Kata dengan kalsium untuk membantu pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat

Manfaat Protein dalam membina kulit yang sihat :

✅ Menggalakkan pertumbuhan, penghasilan dan perkembangan 
sel kulit yang sihat

✅ Membantu meningkatkan keanjalan kulit 

✅ Merangsang penghasilan collagen

So siapa yang consume cukup protein intake, boleh lah maintain muda sentiasa sebab baby skin kita sihat.

Yana share sekali antara testimoni pengguna ESP, termasuk lah testimoni Yana sendiri masa awal awal consume ESP lebih 4 tahun yang lepas :)
 Gambar sebelum, masa sebulan sebelum wedding day Yana. Gambar selepas seminggu selepas kahwin, kulit makin berseri dan yang penting makin slim❤️ 

 Feedback pengguna : Rasa kenyang even tak makan dari pagi, parut juga semakin pudar❤️
 Feedback pengguna : Kulit semakin licin dan bersih, jerawat juga dah kecut tanpa meninggalkan parut.

 Feedback pengguna : Jerawat makin berkurang, parut juga semakin pudar.

 Feedback pengguna : Jerawat tiada lagi, parut juga tiada. Kulit semakin licin, cerah dan berseri seri.

Feedback pengguna : Susu badan melimpah ruah dan pekat.

Untuk order secara online, boleh klik di sini.


Atau anda juga boleh terus hubungi Yana menerusi whatsapp :)


Friday, September 29, 2017

OH NO! SAYA TERSALAH GUNA SKINCARE!

Assalamualaikum semua and Hye

Entry kali nih Yana nak share dengan anda semua pengalaman Yana tersalah guna skincare masa tahun lepas. Memang perit awal awal tu, bila mana kulit yang sebelumnya bersih tiba tiba jadi macam kertas pasir!

Alkisahnya macam nih, ada satu skincare nih Yana pakai dah lama jugak since Yana pregnant kan Ayish. Masa Yana pakai tu serius Yana cakap, kulit memang bersih cuma putih dan cerah dia jelah macam kurang natural.

Yana stop immediately skincare nih masa Yana dapat tahu yang dalam skincare tu ada campuran certain bahan kimia yang bahaya. Masa tu KKM dia pun kena tarik, dah takde nombor KKM lagi kat kotak dah.

Tak sampai sehari Yana stop pakai, kulit Yana jadi kering sampai mengelupas, merah merah dan jadi macam bersisik. Lepas tu ada jerawat halus keluar kat bawah dagu dan tepi pipi.

Sedih sangat! Yela kita sebagai wanita lagi lagi yang dah berkahwin, semestinya kita nak nampak cantik dan berseri seri selalu di mata suami kan? So bila kulit breakout, terus jadi low self esteem. Sobs!

APA YANG YANA BUAT UNTUK SELESAIKAN MASALAH KULIT WAKTU TU?

Yana ambil keputusan untuk consume Collagen Powder, sebab Yana tengok banyak testimoni orang yang consume Collagen Powder ni kulit jadi licin and flawless sangat! 


Masa pergi trip US last year, ada seorang Master Coordinator Shaklee nih kulit beliau licin sangat dan bila Yana tanya beliau consume apa, beliau kata memang beliau consume Collagen Powder nih jer 💕

Even ada seorang Master berbangsa Cina umur dah 60an, tapi kalau tengok fuhh macam baru awal 40an tauu.. Kulit dia sangat licin, tegang dan tak de pulak nampak kedut sana sini. Confirm consume Collagen sebab Yana nampak Master nih borong Collagen selalunya berpuluh kotak!

SELEPAS CONSUME COLLAGEN, APA KESAN YANG YANA DAPAT?

Alhamdulillah after 1 month, kulit Yana kembali normal dan bersih balik. Sampai sekarang Yana masih consume lagi, selang sehari Yana akan bancuh Collagen ni sebelum lunch.

Dari KERTAS PASIR menjadi PUTIH TELUR :)

INFO BERKENAAN COLLAGEN YANG UOLS PERLU TAHU !

Collagen nih dia macam “pelekat” yang mengikat tubuh dan mostly ada di bahagian kulit.

Makin meningkat usia kita, penghasilan collagen secara semula jadi akan semakin berkurangan.

Bermula umur 20an collagen dalam badan kita mula menyusut lebih kurang 1%.

Kesannya?

• Kulit akan jadi semakin kendur
• Kedutan mula terjadi
• Garis halus mula keluar

Kadang kadang belum masuk 30an dah mula nampak masalah masalah ini.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE :


✨4000 mg collagen yang diekstrak dari sisik ikan merah
✨Mengandungi tambahan 7 ramuan utama - Ekstrak biji Camelia Japonica, Ekstrak Pfaffia, Ekstrak kerang, Lactobasillus Acidophilus, Vitamin C, B2 dan B6.
✨Berat molekulnya rendah sangat membantu untuk penyerapan yang tinggi
✨Dalam bentuk sachet, mudah dibawa ke mana sahaja

ANTARA KEBAIKAN COLLAGEN :

✅ Menjadikan kulit lebih TEGANG, ANJAL dan LEMBUT
✅ Meningkatkan kelembapan kulit
✅ Mengurangkan kedutan dan garis halus
✅ Mengurangkan pori pori yang kelihatan
✅ Menjadikan kulit lebih cerah dan licin

ANTARA SEBAHAGIAN #SHAKLEE-EFFECT PENGGUNA COLLAGEN YANG LAIN :

 Masalah SUNBURN dan PARUT GELAP semakin pulih tak sampai 1 box.

 Masalah SUNBURN hilang selepas consume Collagen sachet yang ke-5, JERAWAT juga semakin berkurangan.

 Masalah SUNBURN dapat diatasi, PARUT DEGIL juga semakin hilang.

 Masalah JERAWAT dan PARUT DEGIL kini tiada lagi.

 Boleh dijadikan sebagai MILK BOOSTER juga untuk ibu menyusu.

Hanya dengan 7 sachet Collagen, parut dan biji biji pada wajah hilang!
Kulit juga semakin moist and glowing, masalah JERAGAT pada ibu juga hilang selepas consume 8 sachet Collagen.

Untuk order secara online, boleh klik di sini.


Atau, anda juga boleh menghubungi Yana menerusi whatsapp :)


Thursday, September 28, 2017

SHAKLEE'S INTERNATIONAL TRIP 2017: JAPAN


Assalamualaikum semua and Hye

Syukur Alhamdulillah, this was my third time to join Shaklee's International Trip. First one ke Italy and second one ke Orlando, US. Kali nih ke Japan pulak dan yang paling best, tak pergi seorang lagi sebaliknya pergi berdua bersama suami. InshaaAllah next year bakal bawa Ayish pulak :)

Kenapa Ayish tak ikut? Haa.. Good question.

Sebenarnya Shaklee ada buat requirement untuk pergi which is for kids kena umur 4 tahun ke atas. Ada sebab sebenarnya Shaklee tetapkan syarat, itinerary memang agak pack dan banyak melibatkan aktiviti fizikal untuk berjalan agak jauh. So kalau budak budak memang kesian laa, penat sangat nanti.

So inshaaAllah next year, kami bakal bawa Ayish untuk join sekali. Moga Allah permudahkan, Mama kena work hard untuk kumpul points for extra tickets nih.

Okayh, sambung cerita pasal Japan. Our flight was on 13th May 2017, 7.50 pm with Thai Airways and kami transit di Bangkok sebelum sampai di Nagoya Airport, Japan. Kami berada di sana lebih kurang seminggu, flight balik 20th May 2017.



Before departure at KLIA.



Arrive at Nagoya Airport, Japan.



Sampai sampai jer kami diberi feel breakfast style orang Jepun, first time sebenarnya makan Onigiri nih. Rasa dia not bad, boleh tahan sedap.



Before check in ke hotel, shopping dulu di Toki Premium Outlet.


THE HOTELS

1. Gero Sumeikan Hot Springs

Our first place to stay was a traditional hotel, Gero Sumeikan Hot Springs. Memang hotel nih mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat di Jepun. Hotel ini juga mempunyai Hot Springs tapi kalau nak masuk tak boleh pakai apa-apa ya. Maka, kami ber-huhu jelah of course tak pergi.









 Waktu pagi memang diorang buat table setting macam nih, 
bila malam diorang akan kemas kan tilam style tatami.






 Gift from Shaklee, thank you!

Kami dihidangkan dengan Kaiseki Dinner, dengar cerita kat Malaysia kalau nak makan Kaiseki Dinner nih seorang berharga dalam RM500. Ada yang okay untuk ditelan dan of course ada juga yang tak boleh diterima tekak, almaklum lah tekak Melayu kan :)


Kaiseki Dinner nih ada banyak course, nih baru main course sebenarnya.


2. Yatsugatake Royal Hotel 

Another traditional hotel, tidur malam style tatami jugak. But apa yang Yana perasan both hotels yang kami stay nih bilik dia memang old school sangat. A very good experience of the Japanese Culture, memang suatu pengalaman yang Yana takkan lupakan :)





Bath tub dia style betul, kecik aje.

3. Tokyo Imperial Hotel

Of course, hotel nih paling best and paling selesa. Nak jalan jalan pun senang sebab ianya terletak di tengah tengah Bandar Tokyo :)











THE PLACES

1. Takayama

Sebuah pekan kecil yang mempunyai morning market, kedai kedai dan sebuah kawasan ala ala Jonker Walk. Macam macam souvenir boleh didapati di sini.
















2. Shirakawa Go


Sebuah perkampungan Jepun lama yang menggambarkan kehidupan orang asli di Jepun. SubhanAllah such a beautiful place, breathtaking views and fresh air.


Bersyukur sangat sangat diberi peluang untuk explore satu lagi bumi Allah yang sangat indah.









3. Tateyama

Perjalanan nak naik keTateyama Kurobe Alpine Route atau juga dikenali sebagai "The Roof of Japan" memang agak mencabar. Kat sini lah ada Snow Wall, suhu dalam 4 degree celcius :)

Istimewanya tempat nih nak pergi kena booking awal yer, sebab limited reservation. Snow Wall nih pun hanya ada dari bulan April sehingga Jun sahaja.

Orang Japan sangat menepati bab bab masa nih. So tour guide kami memang keep remind a day before untuk siap sedia on time! Sebab kalau terlepas turn kami, kami takkan dapat sampai di Alpine Route Tateyama.

Untuk sampai ke puncak, kami perlu menaiki beberapa jenis pengangkutan - bas, tram, bas semula dan waktu turun kami naik cabel car. Memang letih sikit tour yang nih tapi bila sampai jer puncak tengok kiri kanan semua dinding salji dengan view yang sangat indah terus hilang rasa letih.

SubhanAllah, such a beautiful place! Speechless tak terkata masa mula mula sampai. My first experience sentuh real snow, bersyukur sangat sangat kerana diberi peluang untuk merasai nikmat keindahan di salah satu bumi Allah ini.







4.Ishihara Nojo - Strawberry picking


Serius, strawberry paling sedap yang Yana pernah rasa :)

Manis, berlemak and melt in mouth! Lain dengan yang Yana pernah makan kat Cameron dan kat Bandung.

Kalau nak tahu sebenarnya musim strawberry habis dah. Nih Shaklee booking khas untuk kami warga Shaklee yang join trip kali nih. Thank you Shaklee!




5. Shiba Sakura Flower Festival at Fuji Motosu 

Kat sini ada banyak bunga Pink Moss yang cantik sangat sangat!

Sakura pun ada lagi tapi tinggal sikit jer sebab time kitorang datang nih dah habis musim dia. Enjoy the view!






6. Shaklee Japan Home Office

Yang nih semestinya semua warga Shaklee paling excited nak pergi!

Shaklee Japan sangat best, produk skincare and make up pun ada. Mudah mudahan lepas nih Shaklee Malaysia boleh lah bawa masuk produk dari Japan.







With Shaklee Japan GM :)


7. Tokyo Disneyland

Pergi sini tanpa bawa anak adalah sesuatu yang tak best. Mungkin sebab dah jadi mak mak, nampak segala apa semua ingat kat anak :')

InshaaAllah ada kesempatan masa nak bawa Ayish ke sini.






THE FOOD

Sejujurnya, Yana bukan penggemar "raw food" so I only enjoyed eating tempura the most masa pergi trip Japan. Yana share antara makanan yang kami nikmati sepanjang trip, semua Shaklee yang sponsor kami bawa perut jer :)





 Lunch yang nih best!




 Lunch sini pun best, kat Perkampungan Ninja :)



Trip Shaklee ke Japan kali ini merupakan antara yang paling best Yana pernah join sebab kali ini Husband pun ada bersama, also dua orang anak didik Yana juga berjaya turut serta :')

 Feeling bila Husband ikut sekali memang lain, dua kali sebelum nih pergi seorang jer :')

With my two anak didk, Irine and Ainur :)

Pengalaman ber-Yukata yang takkan ku lupakan sampai bila bila, one of the best memories semasa trip Japan.

Thank you Shaklee for this opportunity! InshaaAllah aim next year trip nak bawa dak Ayish sekali. Moga Allah izinkan dan permudahkan.

Next trip with Shaklee will be this November, inshaaAllah Yana dan Husband sekali lagi bakal ke trip Star Cruise.

Next entry Yana akan share berkenaan event Master Celebration.

Stay tuned :)


 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com