Thursday, December 4, 2014

The Perfect Two: VITAMIN-E COMPLEX & SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS SHAKLEE.

Assalamualaikum semua :)

Welcoming December~ Moga kedatangan bulan December kali ini menjadi kenangan yang manis buat kita semua. InshaaAllah I am soon gonna be a Mama, doakan urusan kelahiran si kecil dipermudahkan. Currently Lyana tengah menunggu baby bagi sign untuk keluar, ada 3 more days untuk reach my due date.

Okayh, untuk promo Shaklee bulan nih special sikit yer sebabnya Shaklee sangat bermurah hati buat sekali dua promo, dah lah produk yang PALING HOT dan TERLAJAK LARIS pulak tuu.. Tak lain dan tak bukan, VITAMIN-E COMPLEX and SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS! Gilaa tak best pulak kann?


Kalau anda semua nak tahu, selain ESP, VITAMIN E adalah antara supplement terawal yang Lyana consume. Memang segala parut jerawat ke parut luka ke yang degil-degil tuu Alhamdulillah senang jer nak hilang tau. Dah lah Lyana jenis yang jari tak boleh duduk diam! Pantang betul kalau ada keluar jerawat seketul dua time period masa tu mesti nak picit! Tapi yang best nya kan takde parut langsung lepas tu. Memang terbaik lah VITAMIN E nih. Selain itu, kulit yang jenis kering asyik nak mengelupas sebab duduk kat air cond jer pun kembali moist, glowing and flawless tu sudah pasti laa sebab VITAMIN E nih memberi kelembapan pada kulit.

Secara ringkasnya VITAMIN E..

✨ Mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan juga untuk awet muda (kulit lebih tegang dan anjal, bertindak sebagai anti-penuaan)
✨ Mengurangkan parut jerawat dan jeragat (juga STRETCH MARK selepas bersalin)
✨ Menyembuhkan luka atau kesan lecur dengan lebih cepat (sapu minyak Vitamin E pada bahagian yang luka atau melecur)
✨ Kulit dan rambut sihat, menjadi lebih cantik dan lebat
✨ Mengatasi masalah kulit kering dab sering mengelupas dengan melembapkan kulit

Istimewanya VITAMIN E Shaklee telah ditambahkan dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiat VITAMIN E itu sendiri khusus untuk kulit yang lebih CANTIK, SIHAT and GLOWING. Antara kelebihan grape seed extract:

Menyingkirkan radikal bebas
Mengurangkan radang (inflammatory)
Membantu kesihatan otak, kulit dan mata
Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular
Mencegah masalah kelenjar prostat
Melambatkan proses penuaan
Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
Membantu fungsi sistem saraf otak
Meningkatkan daya pertahanan badan

Untuk VITAMIN C pulak Lyana start lambat sikit masa tu sebabnya masa awal-awal Lyana join Shaklee, satu Malaysia TAKDE STOCK untuk VITAMIN C! So masa tu Lyana dengar jela my mummy Shaklee, Master Nana masa tu duk citer pasal betapa best nyee VITAMIN C nih. Sampaikan ada pihak yang borong buat repack and jual mahal-mahal tau kalau tak silap sebiji RM1 lebih. Letak nama Vitamin C Organik ke apa entah. Walhal harga sebiji kalau ikut sebotol VITAMIN C baru dalam 50 sen sebiji. Sabar jelaa ambil untung macam tuu kan. Then masa stock baru sampai, dalam sehari tu seingat Lyana kan tak sampai sejam dua stock habisss lagi! Sempat lah grab sebotol untuk diri sendiri lain semua bagi laa kat customers yang dah booking masa tu. Tak tau laa siapa yang duk borong laju sangat tuu. Tapi Alhamdulillah, stock sekarang ada jer dah takde lagi masalah macam dulu :)

And yes, Lyana akui memang betul apa yang Master Nana cakap berkenaan betapa best nya consume VITAMIN C nih. Effect VITAMIN C nih lain macam sikit. Kulit makin lembut and gebuu jer, lepas tu flawless kemain lagi. Tambahan pulak masa tu Lyana memang dah consume ESP dengan VITAMIN E sekali kan.. So kira PERFECT habiss laa combination tiga tuu untuk kesan kulit yang cantik menarik tertarik gittew! :)


Antara Kebaikan dan Manfaat lain SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS:

Merangsang pembentukan kolagen
Menguatkan immune sistem
Membantu mengekalkan kulit yang awet muda
Mengatasi masalah insomnia
Mencegah jangkitan penyakit mudah berjangkit seperti demam, flu
Memperbaiki sistem pendarahan
Merendahkan dan mengawal masalah tekanan darah tinggi
Mencerahkan kulit secara semula jadi
Memberikan tenaga
Membantu penyerapan iron
Mengekalkan kolestrol yang sihat
Meningkatkan metabolisme dan membantu mengekalkan berat badan ideal
Mengelakkan katarak
Mengawal masalah kulit berminyak
Mengecilkan pori muka
Membantu melindungi badan dari radikal bebas
Mengurangkan paras asid untuk pesakit gout
Mengawal paras gula dalam darah



Jadi untuk anda yang berhajat untuk memiliki..

Kulit lebih cantik, lembut dan berseri-seri
Kulit lebih cerah secara semula jadi
Kulit lebih flawless and glowing
Kulit tanpa jerawat dan jeragat
Kulit bebas parut dan cela
Kulit tanpa blackheads, whiteheads
Kulit lebih halus dan pori lebih kecil
Kulit bebas minyak, juga tak kering

Juga untuk kesihatan yang lebih baik inshaaAllah, sememangnya dua supplement nih adalah PILIHAN yang TERBAIK untuk anda. Kalau tengah pregnant, Vitamin E tak boleh consume dulu yer sebab dia high anti oxidant. Boleh replace dengan VITA LEA untuk kesan kulit yang cantik semasa tempoh kehamilan, HB and BP pun cantik jer nanti inshaaAllah. Dalam VITA LEA pun ada Vitamin E just with lower dose plus lengkap dengan all other vitamins yang memang bagus untuk ibu hamil and baby.


Till then, doakan Lyana and baby sihat and selamat. Moga Allah permudahkan segala urusan kita semua inshaaAllah :)

Assalamualaikum.

Your Health & Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

Thursday, November 20, 2014

SHARING UNTUK IBU HAMIL: Pemakanan Semasa Hamil

Assalamualaikum semua.

Since Lyana sendiri dalam tempoh kehamilan, so Lyana akan banyak share berkenaan segala amalan dan info berkenaan dengan kehamilan.


Untuk sharing hari ini, Lyana nak share berkenaan pemakanan semasa hamil. Pemakanan nih la yang paling penting bagi wanita yang hamil. Sebab apa? Sebab baby kat dalam perut kan nak makan juga. Of course lah kita nak berikan yang terbaik untuk dia kan? :)

Kenapa pengambilan makanan yang sihat sangat penting semasa hamil? 
  • Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat. 
  • Untuk mengekalkan kesihatan ibu. 
  • Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa hamil.
  • Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah di antara 12-18kg. 
  • Jika berat badan anda normal sebelum hamil, anda perlu menambah di antara 11-16kg. 
  • Jika berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah di antara 7-11kg. 
  • Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg. 


Semasa hamil, berapa banyakkah yang sebenarnya perlu dimakan? 

  • 7 hidangan nasi/bijiran atau roti.
  • 3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan Vitamin C dan satu dalam Vitamin A).
  • 2 hidangan susu atau produk tenusu. 
  • 1 hidangan ikan, 1 hidangan daging/ayam dan 1 hidangan kekacang. 
  • 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan atau satu cawan kopi atau teh sehari. 

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa hamil?

Kalori (tenaga) dan nutrien tambahan adalah penting untuk memenuhi keperluan perkembangan fetus dan tisu baru, terutama semasa trimester kedua dan ketiga.

Tenaga tambahan yang diperlukan semasa hamil

Trimester Kedua: + 360 kcal/hari
Trimester Ketiga: + 470 kcal/hari

Cadangan pengambilan nutrien semasa hamil

TRIMESTER KE-2 :

Lemak (g/day)= 54-82
Protein (g)= +7.5
Kalsium (mg)= 1000 
Zink (mg)= 7.0
Selenium (µg)= 27
Thiamine (mg)= 1.4         
Riboflavin (mg/day)= 54-82 
Niasin (mg NE)= +7.5 
Asid Folic (µg)= 1000 
Vitamin C (mg)= 7.0
Vitamin A (µg)= 27 
Vitamin D (µg)= 1.4
Vitamin E (mg)= 7.5 

TRIMESTER KE-3 :            

Lemak (g/day)= 57-85 
Protein (g)= +7.5 
Kalsium (mg)= 1000 
Zink (mg)= 10.0 
Selenium (µg)= 29 
Thiamine (mg)= 1.4 
Riboflavin (mg/day)= 57-85
Niasin (mg NE)= +7.5
Asid Folic (µg)= 1000
Vitamin C (mg)= 10.0
Vitamin A (µg)= 29
Vitamin D (µg)= 1.4
Vitamin E (mg)= 7.5


(Source : Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2005)

Pilih lah makanan yang kaya dengan nutrisi yang lengkap dan seimbang

  • Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya). 
  • Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas). 
  • Vitamin A (hati, susu, telur).
  • Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu). 
  • Vitamin C (jambu, betik dan limau). 
  • Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang). 
  • Ambil makanan tambahan / supplement (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan. 

Jika anda menghadapi masalah di bawah ini, apakah perkara-perkara yang perlu anda lakukan? 

1. 'Lactose intolerance'

  • Cuba produk susu yang mengandungi rendah laktosa. 
  • Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardin, ikan bilis). 
  • Minum susu kacang soya dan produk kacang soya. 
  • Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik. 
2. Loya (Morning Sickness)
  • Makan pada waktu makan yang teratur. 
  • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap. 
  • Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng. 
  • Minum banyak air. 
3. Sakit ulu hati (Heartburn)
  • Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap. 
  • Kunyah makanan dengan perlahan. 
  • Elakkan berbaring sejurus selepas makan. 
4. Sembelit (Constipation)
  • Minum banyak air. 
  • Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran). 
  • Sentiasa aktif. 
Sumber: www.myhealth.gov.my

Cadangan pengambilan supplement semasa kehamilan 
seperti yang Lyana amalkan :) :)
Untuk info berkenaan setiap supplement, boleh baca di sini.

Lyana cukup faham tak semua antara kita yang mungkin mampu untuk consume semua disebabkan masalah kewangan. Tak mengapa sebab anda sebenarnya boleh ambil mengikut priority, mana yang paling penting untuk anda consume.

Cadangan Lyana sendiri bagi mereka yang under budget, VITA LEA merupakan salah satu supplement utama yang perlu anda ambil. Kandungan di dalamnya lengkap sebagai PENAMBAH TENAGA dan juga PELENGKAP NUTRISI. Wanita hamil yang mempunya masalah tekanan darah dan hemoglobin yang tidak normal, semestinya VITA LEA merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.



Beberapa perkara yang perlu anda take note untuk consume VITA LEA:
  • Anda bukan penghidap Talasemia
  • Anda consume Vitamin C pada masa yang sama, tak kisah sama ada dalam bentuk supplement, buah-buahan yang fresh atau pun jus. Ini kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang lebih berkesan.
  • Waktu anda consume VITA LEA, jangan ambil sebarang susu atau calcium. Contohnya, katakan anda ambil VITA LEA selepas breakfast, sebelum atau selepas telan VITA LEA please make sure anda tak ambil sebarang susu atau calcium. Gap kan dalam masa 2 jam at least. Ini kerana susu atau calcium akan mengganggu penyerapan zat besi.

Lyana harap semoga sharing dan info yang Lyana berikan kali ini dapat memberikan manfaat buat bakal-bakal mama semua. Selamat menempuhi alam kehamilan dan pada yang dah dekat dengan due macam Lyana, moga Allah permudahkan urusan kelahiran anda. Anda semua doakan untuk Lyana juga ya :)

Till then, Assalamualaikum.

Your Health & Beauty Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee , @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)


Friday, November 14, 2014

SHARING UNTUK IBU HAMIL: Kontraksi Braxton's Hicks

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah, currently Lyana berada dalam minggu yang ke-37. Doakan kesihatan Lyana and baby yer. Mudah-mudahan urusan bersalin nanti dipermudahkan, inshaaAllah.

Gambar perut dah kena sorok, sebab makin besar and bulat :)

Hari ini Lyana terpanggil untuk berkongsi berkenaan Kontraksi Braxton's Hicks.


Apakah itu Kontraksi Braxton's Hicks?

Apabila kehamilan anda semakin sampai ke penghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Kontraksi 
Braxton’s Hick selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 minit setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.

Sebenarnya, ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat. Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Kontraksi 
Braxton’s Hick sebenarnya memberi persediaan ibu hamil ke arah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

Bagaimana rasanya Kontraksi Braxton Hick ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelintir yang merasa kontraksi 
Braxton’s Hick yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau ibu hamil mungkin akan merasa sedikit ketidakselesaan dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat kontraksi Braxton’s Hick ini berlaku.

Kontraksi 
Braxton’s Hick tidak teratur dan datang sekali-sekala, juga ia selalunya secara tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam. Semasa kontraksi Braxton’s Hick ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraksi 
Braxton’s Hick ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif 
  • Semasa senaman atau membawa barang berat 
  • Mengurut perut 
  • Semasa hubungan intim 
  • Dehidrasi 

Apakah yang membezakan Kontraksi 
Braxton’s Hick dengan Kontraksi Kelahiran yang Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan 
Braxton’s Hick atau tanda-tanda kelahiran. 

Ini adalah perbezaannya:
  • Kontraksi Braxton’s Hick tidak menjadi semakin kuat, berbeza dengan sakit bersalin. 
  • Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala Braxton’s Hick akan hilang akhirnya.
  • Kontraksi Braxton’s Hick tidak teratur dan berlaku sekali-sekala manakala sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat. 
  • Kontraksi Braxton’s Hick tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin.

Tips Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi Braxton’s Hick.

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasakan yang kontraksi Braxton’s Hick akan datang.
  2. Rehat lebih lama. Cuba berbaring pada sebelah kiri badan. 
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkan kontraksi Braxton’s Hick.
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan Braxton’s Hick. 
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan rasa ketidakselesaan.
(Sumber: alamhamil.com)

Start 36 weeks hari tu Lyana dah mula terasa kontraksi Braxton’s Hick nih. Memang ngilu lagi-lagi kat bahagian ari-ari. Tapi Alhamdulillah, nak solat semua masih boleh berdiri lagi even masa tengah mengalami kontraksi Braxton’s Hick. Apa yang Lyana perasan, bila Lyana amalkan OSTEMATRIX Shaklee secara consistent, memang Lyana kurang mengalami masalah sakit pinggang, lenguh-lenguh kaki dan juga urat rasa tersimpul (ada sesetengah kata simpul biawak). And I believe Ostematrix really help me dalam mengurangkan rasa ketidakselesaan semasa kontraksi kontraksi Braxton’s Hick ini berlaku.

Untuk awal pregnancy, memadai sekadar 2 caplets per day. But masuk jer 5 hingga 6 bulan, boleh up kan 3 hingga 4 caplets per day. Sebab masa tu perut dah makin membesar untuk kita tampung :)

Okayh yang nih pula antara supplement lain yang Lyana amalkan sejak dari awal Trimester Kedua, just that lepas masuk 8 bulan hari tu Lyana stop dulu Omega Guard. Nanti lepas bersalin sambung balik.

More info berkenaan SET KEHAMILAN SHAKLEE yang Lyana amalkan seperti di atas, click here.

For orders and consultation,

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

Monday, November 3, 2014

Kisah Saya dan Omega Guard Shaklee.

Assalamualaikum semua :)

Sekejap jer dah masuk bulan November. InshaaAllah early December nih genap 40 weeks will be my EDD. Tapi tak tau lah kan kalau baby nak keluar lebih awal. Doakan Lyana and baby, mudah-mudahan kami berdua sihat dan selamat inshaaAllah.


Mama and Papa to be. Mengikut scan Doctor, inshaaAllah yang bakal keluar nih boboy. Dah 3 kali check up and scan memang Doctor sebut boboy jer, dah nampak dah bebird dia. Hee :D

Okayh untuk entry kali ini, Lyana nak share berkenaan salah satu produk Shaklee yang Lyana amalkan bermula Trimester yang Kedua iaitu OMEGA GUARD. Trimester Pertama nanti dulu yer, belum sesuai lagi bila dah masuk Trimester Kedua baru lah start consume.




Kenapa Lyana memilih untuk consume Omega Guard?

Sebab yang pertama, DHA dan EPA yang terkandung di dalam Omega Guard sangat bagus untuk perkembangan minda baby sejak dari dalam kandungan lagi. InshaaAllah baby lepas lahir nanti cepat belajar semasa dalam peringkat tumbesaran. Ini apa yang Gynae Doctor beritahu Lyana sendiri, bukan Lyana simply buat statement nih tau :)

Sebab yang kedua, Omega Guard ni membantu pembakaran lemak yang tak diperlukan oleh badan. Siapa kata masa pregnant tak kisah lah badan nak naik banyak mana sekali pun? Kalau berat naik mendadak pun bahaya tau, risiko kena diabetes. Doctor and Nurse pun biasanya akan bising bila berat naik mendadak macam tu. Buat pengetahuan anda semua, sebelum pregnant berat Lyana 42.3-43kg macam tu. Now dah almost 36 weeks dah, berat sekarang 51kg. means pertambahan hanya sebanyak 8kg itu pun Doctor kata baby yang makin bertambah berat, Mama dia berat makin turun sebabnya dari check up 32 weeks berat tak gerak 51kg.



Sebab yang ketiga, dari awal pregnancy Lyana memang tak boleh telan air mineral biasa atau suam. Tekak Lyana hanya nak benda sejuk dan manis: air sejuk, juice, ice cream, cake, buah tembikai. So masa Trimester Pertama tu, asal malam jer mesti dada rasa semput and macam nak kena asthma jer. Yelah since Lyana memang duk telan benda-benda sejuk jer kan. So apa yang Lyana perasan, lepas masuk Trimester Kedua tu alhamdulillah tak de dah kena semput time malam-malam masa tengah tidur. For your info, Omega Guard nih salah satu khasiat dia untuk mengurangkan masalah asthma jugak. Yang tak pregnant and ada masalah asthma pun elok amalkan Omega Guard nih sebagai daily supplement.

Kat sini Lyana nak kongsikan dengan anda semua antara KELEBIHAN dan MANFAAT lain OMEGA GUARD Shaklee:


1. Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan asthma atau lelah
13. Mengurangkan risiko penyakit jantung
14. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
15. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
16. Meningkatkan sistem imun tubuh dan bagus untuk kesihatan kanak-kanak
17. Memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mencegah penyakit gout
19. Mengurangkan bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
20. Memperbaiki penyakit buah pinggang
21. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon
22. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
23. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
24. Memelihara fungsi-fungsi sendi

Selain itu, Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi, kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Nampak tak betapa banyaknya khasiat Omega Guard nih? Biasanya yang kita tahu Omega Guard nih untuk yang nak KURUS jer, sebab Omega Guard berfungsi untuk membakar lemak yang dah tersimpan dalam badan. Tapi ramai yang tak tahu sebenarnya Omega Guard nih banyaaaak lagi kelebihan lain.

So untuk anda yang ingin mencuba sendiri Omega Guard Shaklee nih, sememangnya bulan nih lah masanya untuk anda cuba sebab November promo ialah untuk supplement Omega Guard.


Anda beli 6 botol Omega Guard, percuma 1 botol beserta FREE SHAKLEE MEMBERSHIP.

Atau, beli 2 botol Omega Guard juga dengan harga yang sangat super jimat!

Atau, nak beli 1 botol pun harga lebih murah juga daripada biasa.


Jadi untuk anda yang mementingkan penjagaan kesihatan dan kecantikan, semestinya Omega Guard Shaklee boleh dijadikan sebagai PILIHAN SUPPLEMENT yang TERBAIK untuk anda.

For orders and consultation,

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

Thursday, October 23, 2014

Pantang Larang dalam Pengambilan Vitamin atau Supplement.

Assalamualaikum semua.

Untuk hari ini, Lyana ingin berkongsi beberapa PANTANG LARANG sewaktu kita mengamalkan VITAMIN / SUPPLEMENT. Mungkin ada di antara kita yang terlepas pandang atau langsung tidak tahu berkenaan pantang larang ini, semoga sharing dari Lyana ini bermanfaat buat semua :)



Lyana yakin ramai yang tahu kelebihan "CONSISTENCY" iaitu amalan yang mungkin dilakukan secara sedikit tetapi berterusan. Even dalam mendapatkan kesan hasil daripada pengambilan supplement, kita disarankan untuk mengambil supplement secara consistent selama 3 bulan untuk mendapatkan keserasian di antara supplement dan sistem dalam badan kita, di mana sel kita biasanya hidup di antara 90-120 hari.

Ada segelintir yang mengamalkan supplement merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement yang mereka ambil. Sebenarnya, ia berlaku disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Tidak mengambil air kosong secukupnya.


Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang berwarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan untuk membanyakkan minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.



Pengambilan air kosong juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis

Apa itu Healing crisis? Sila klik di SINI.

2. Elakkan makan vitamin / supplement secara banyak sekaligus pada satu masa.

Apabila kita makan semua vitamin / supplement secara sekali gus / serentak, ini boleh meningkatkan kepekatan darah dalam badan kita pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka mengamalkan cara ini apabila waktu hendak tidur iaitu mengambil semua supplement sekali gus sedangkan pada masa selepas itu lah kita akan kurang minum air.



Cuba agihkan masa pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu masa.

3. Elakkan pengambilan vitamin / supplement bersama ubat lain.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin / supplement kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin / supplement pada waktu tengahari atau malam. Namun, sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan pagi dan petang, maka amalkan vitamin / supplememt selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? 




Pengambilan minuman berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin / supplement yang kita amalkan selama ini. Kesannya, kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan khasiat dalam vitamin /supplement rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin / supplement.


-Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti Vitalea tidak boleh diambil bersama air susu / ostematrix / pil kalsium. Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

-Vitamin E dan GLA Complex (terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama Alfalfa kerana Alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti berikut,

-Pesakit SLE: Alfalfa

-Pesakit talasemia: Vita Lea


-Pesakit Hipertiroid: Vita Lea

-Pesakit Hipotiroid: ESP

Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotomax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin / Supplement yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin / supplement yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

Ibu Menyusu: Cinch disarankan agar diganti dengan ESP kerana kandungan kalori yang rendah di dalam Cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu-ibu yang menyusu dan Vivix.





TIPS UNTUK IBU MENYUSU:

Makanlah vitamin / supplement yang membantu untuk menjayakan penyusuan. Utamakan niat yang utama supaya tidak terlalu banyak vitamin / supplement yang anda amalkan, juga dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. 


Untuk info SET PENYUSUAN SHAKLEE, click di SINI.

Sekiranya anda membeli sebarang jenis vitamin / supplement, make sure anda mendapatkan jadual pengambilan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi serta kebaikan vitamin yang anda beli. 

For orders and consultation,

Your Shaklee Consultant
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)

Friday, October 17, 2014

Kenapa saya memilih SHAKLEE sebagai bisnes?

Assalamualaikum semua.

Hari ini terdetik di hati Lyana untuk share dengan anda semua bagaimana perjalanan Lyana dengan business yang kini dah menjadi sebahagian daripada diri Lyana sendiri iaitu business Shaklee. Business yang membolehkan Lyana bekerja dari rumah dan juga tak perlu terikat dengan masa kerja :)


My dream home-office. Lyana memang penggemar warna putih and ini target Lyana untuk next year inshaaAllah lepas habis berpantang.

Alkisahnya bermula..


Masa awal-awal Lyana join Shaklee, Lyana takde pun impian yang besar. Lyana cuma nak earn extra income jer sebab masa tu dah terasa gaji masa tu yang Lyana perolehi tak mencukupi, always cukup-cukup makan. Nak shopping barang untuk diri sendiri pun fikir banyak kali. Lyana bukan jenis yang suka nak meminta pada suami sebab Lyana tak nak membebankan dia. So Lyana sedar, Lyana kena buat sesuatu.

Masa tu kan, savings Lyana memang habis untuk wedding, yelah gaji pun tak de lah besar mana so what should I expect kan? Dari lima angka duit simpanan dalam bank, lepas wedding yang tinggal hanya tiga angka sahaja. But tak kisah pun. Asalkan majlis selesai dengan baik dah Alhamdulillah. Tak nak fikir pasal duit yang keluar sebab bukan majlis orang lain, kan majlis sendiri jugak. Duit hantaran suami beri, semua Lyana berikan pada ayah dan ibu sebab Lyana tahu mereka pun banyak keluar duit untuk majlis Lyana.

So one day, masa tu dalam bulan Jun jugak masa baru balik dari honeymoon, Lyana decide untuk join business Shaklee nih itu pun lepas dah jatuh chenta sangat-sangat dengan produk Shaklee yang Lyana consume masa tu iaitu ESP Shaklee. Syukur Alhamdulillah Allah pertemukan Yana dengan seorang MENTOR yang hebat, iaitu Master Siti Farhana yang juga merupakan kawan Lyana sendiri. Masa tu tak rapat pun, sejak bersama-sama dengan Shaklee dah macam adik beradik jer rasa. Semua share cerita sama-sama :')


Penghujung Jun 2013 itu lah merupakan detik permulaan Lyana dengan business Shaklee. Ingat lagi masa tu first bonus baru RM80, masih bertatih lagi belajar berkenaan product knowledge, sales and marketing. Okay lah kan daripada takde, dengan duit bonus tulah Lyana beli produk Shaklee kalau tak silap masa tu Lyana beli GLA COMPLEX untuk kesuburan, mengatasi masalah senggugut teruk yang Lyana alami sejak zaman persekolan lagi dan juga membantu untuk stabilkan kitar haid Lyana yang memang tak teratur. Plus, ada Vitamin E yang sememangnya bagus untuk kecantikan kulit.

Bulan Kedua iaitu Julai 2013, Lyana ingat lagi masa tu memang Lyana stress kat office. Kalau tak silap baru habis billing, so asyik kena pressure jer dengan senior and bos bila billing target ada yang tak meet. Pandai pung pang bising bila tak meet, tapi increment tiap-tiap tahun punya la kedekut. Tambah stress lagi disebabkan workload yang terlalu membebankan kepala, sampai balik rumah malam tidur pun mimpi pasal kerja. Mana tak nya, bayangkan pukul 1-2 pagi pun ada terima call and message berkenaan kerja from production area. Nasib lah makan B-Complex hari-hari nak bantu reduce stress and lebih energy, ESP memang of course la maintain cuma B-Complex special sikit bab-bab stress nih.Tak de la jerawat besar keluar time tengah stress tuu.

So then Lyana tanya kat mentor Lyana iaitu Nana, macam mana caranya Lyana nak lebih maju dan mara lagi dalam business Shaklee nih? Syukur sangat-sangat mentor Lyana nih hebat dan tak putus-putus memberikan ilmu serta kata-kata semangat, bulan Julai tu Lyana memang all out habis kat sales. Ingat lagi berpuluh tong ESP Lyana berjaya jual masa tu, ada la campur-campur supplements lain sekali macam Vitamin E, B Complex etc. Kat sini Lyana nak highlight sikit, kalau nak buat sesuatu business berkenaan produk, please make sure awak sendiri adalah seorang yang consistent dan amalkan produk tersebut. Contoh macam Lyana sendiri amalkan ESP and other vitamins, kulit makin cantik gebuu agak-agak orang yakin tak nak beli and jadi ahli at the same time? itu TIPS UTAMA dalam berbisnes. Jangan jual produk yang anda sendiri tak tahu langsung and anda tak pernah mencuba.

Alhamdulillah, bulan Ke-2 dengan Shaklee Lyana berjaya rank up ke tangga pertama iaitu SUPERVISOR sekaligus memberikan Lyana bonus mula mencecah empat angka. So Lyana nampak dengan jelas, Lyana boleh lebih berjaya lagi dengan Shaklee and Lyana aim once bonus yang Lyana dapat melebihi gaji Lyana bekerja masa tu, Lyana nak resign and full time jer dengan business. Sebabnya... Lyana dah penat terikat dengan kerja office yang penuh dengan pressure tapi gaji macam tak berganjak sangat pun, increment pun ciput aje. So MATLAMAT Yana masa tu nak WORK AT HOME, tapi Lyana boleh earn 3-4 times higher than gaji Lyana kerja masa tu :)

Masuk bulan Oktober 2013, Lyana mara setapak lagi ke rank seterusnya iaitu Senior Supervisor. Alhamdulillah, masa tu bonus Lyana dapat lebih 2k daripada gaji Lyana kerja makan gaji. Tapi takde lah terus resign masa tu, of course nak capai income yang lebih stable dulu kan baru fikir pasal nak resign. Annual bonus company pun bulan 12, so sabar jelah dulu. Setiap bulan makin lama makin meningkat bonus yang Lyana capai. Masuk bulan Disember tu, Lyana entitle pulak untuk terima CAR BONUS daripada Shaklee yang sekaligus menaikkan lagi bonus bulanan yang Lyana bakal terima. Lebih 1k jugak car bonus Shaklee bagi, semua berdasarkan sales setiap bulan so amount dia tak fix. Lebih sales anda buat, lebih lah bonus anda dapat.


 #Throwback : Muka orang tak cukup rehat sebab time tu Quarter 4 Billing.
Malam pulak sibuk dengan Shaklee, memang masa tidur tak cukup.

Februari 2014, Lyana berjaya lagi rank up ke tangga ketiga iaitu Coordinator. Masa ni bonus memang dah lebih 7-8k sebulan. Alhamdulillah, tak pernah menyangka boleh dapat banyak tu. Lyana dah mula berkira-kira nak resign since income Shaklee masa tu dah makin stable. Mac 2014 memang buat Lyana pasti untuk membuat keputusan nak resign, Lyana berjaya rank up lagi ke rank Senior Coordinator. Alhamdulillah, mula mencecah income lima angka. Syukur sangat-sangat pada Allah atas segala rezeki yang Lyana perolehi. En Suami adalah antara yang memberikan Lyana fully green light untuk Lyana resign. Maka, bermula lah episod Lyana sebagai seorang housewife tetapi bergaji :)


Rezeki lepas resign, Lyana pregnant for the second time. Yang mengikuti blog Lyana sure akan aware, first pregnancy belum ada rezeki. Baby hanya bertahan sehingga 12 weeks and Lyana miscarriaged. Allah belum nak berikan Lyana rezeki zuriat masa tu, tapi Lyana dapat rezeki daripada business Shaklee. And now, baby dalam perut nih dah 32 weeks ++, inshaaAllah Lyana due end of next month or early December. Doakan Lyana and baby sihat serta selamat. Memang bersyukur dah resign masa April tu sebab morning sickness Lyana agak teruk. So tak perlu MC, kan Lyana work at home maka I can rest whenever that I need. Syukur :') Yang masa first pregnancy bos pun asyik buat muka time Lyana kat office kena morning sickness teruk, lepas tu banyak pulak MC and emergency leave sebab tak larat. Second pregnancy nih aman jer, morning sickness duduk rumah boleh tidur. Hee alhamdulillah..

Nampak tak kat sini betapa kejayaan dan impian tu sebenarnya takde lah sukar untuk dicapai, and yes takde la senang jugak. Apa yang anda perlukan ialah,

ヽ(•‿•)ノ MINAT
ヽ(•‿•)ノ USAHA
ヽ(•‿•)ノ BIMBINGAN daripada MENTOR
ヽ(•‿•)ノ USAHA dan DOA

Paling penting yang dah berkahwin, mesti dapatkan RESTU daripada suami :)

Lyana tak segan nak mengaku impian Lyana yang paling utama sememangnya FINANCIAL FREEDOM. And Lyana percaya ramai lagi yang kat luar sana pun inginkan FINANCIAL FREEDOM juga kan? Buat anda yang berimpian sama macam Lyana, meh Lyana tunjukkan jalan dan Lyana akan bimbing anda sehingga berjaya inshaaAllah!

Here's what Shaklee can offers you :)


TIME FREEDOM yang membolehkan anda bebas daripada waktu kerja office dan bekerja hanya dari rumah 


FINANCIAL FREEDOM yang membolehkan anda bebas daripada hutang, bantu ringankan beban suami, boleh berikan ibu ayah lebih duit belanja, boleh bantu pembelajaran adik beradik, lebih banyak bersedekah untuk membantu mereka yang memerlukan serta boleh spend untuk diri dan family anda sendiri (kerjakan umrah, haji, travel and holiday)

❤ HEALTH FREEDOM untuk diri anda, suami, ibu ayah, family dan orang lain. Pengambilan SUPPLEMENT yang NATURAL dan SELAMAT inshaaAllah boleh membantu mencegah penyakit. But make sure, kena ada product knowledge. Yang ni tak perlu risau, semua boleh belajar :)

So for those...

Yang nak mencapai income 4-5 angka sebulan..

Yang mengimpikan untuk bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak, keluarga..

Yang sanggup berkorban demi mencapai impian..

Lyana sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk bernaung di bawah group Lyana #PhenomenalPearls. InshaaAllah bimbingan serta tunjuk ajar akan diberikan sepenuhnya dan semua class hanya secara online di Whatsapp :)

Yang nak berjaya, JOMM kita REALISASIKAN IMPIAN kita.

Yang tak nak tak pe, boleh tengok jer dari jauhhh...




Monday, October 13, 2014

ISU: Tidak Bersarapan Pagi Punca Gemuk.

Assalamualaikum semua and Happy Monday :)

Untuk hari ini, Lyana nak share berkenaan kepentingan sarapan pagi, sebab Lyana tahu ramai yang suka skip kan? Alasan sebab takde masa dan terlalu sibuk sampaikan tak sempat nak makan sarapan. 

"Nak gemuk senang je, JANGAN makan SARAPAN"
- PROF DR MUHAYA

Mengikut satu laporan terkini, pengambilan sarapan pagi yang tidak teratur boleh meninggalkan kesan buruk pada kesihatan dalam tempoh tiga dekad berikutnya. Hasil penyelidikan daripada seorang penyelidik dari Sweden mendapati individu yang tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi dalam tempoh jangka masa semasa kehidupan antara zaman kanak-kanak hingga dewasa menunjukkan lebih tanda-tanda sindrom metabolik dalam tempoh 27 tahun akan datang berbanding dengan mereka yang mengambil sarapan pagi secara betul dan teratur.

Sindrom metabolik merupakan satu istilah perubatan bagi kombinasi tiga penyakit berkait iaitu KENCING MANIS, TEKANAN DARAH TINGGI dan OBESITI, dan ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk penyakit jantung dan angin ahmar sehingga 68 peratus ke atas lelaki dewasa.Dengan membuat kajian ke atas kumpulan responden 27 tahun lalu, para penyelidik dari Sweden ini turut mendapati mereka yang tidak mengambil sarapan pagi atau bersarapan pagi sambil lewa mampu meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan obesiti.

 
Pada tahun 1981, para penyelidik dari Universiti Umee, Sweden turut membuat soal selidik ke atas sekumpulan para pelajar yang belajar di sekolah di bahagian bandar Utara Lulea, bagaimana cara pemakanan serta pengambilan sarapan pagi mereka setiap hari. Kemudian, kesemua responden turut diminta untuk kembali semula pada tahun 2008, selepas 27 tahun daripada tarikh kajian tersebut dilakukan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Melalui kajian yang dilakukan, selain ingin melihat tanda-tanda sindrom metabolik para penyelidik juga ingin melihat sama ada cara pengambilan sarapan pagi yang tidak betul ataupun tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi mampu mengundang pelbagai jenis penyakit lagi yang berkaitan. Melalui kajian tersebut juga didapati sebanyak 68 peratus para remaja yang mengabaikan atau tidak menitikberatkan soal pengambilan sarapan pagi akan menghidap sindrom metabolisme ini seperti yang dihidapi kebanyakkan orang dewasa jika hendak dibanding dengan mereka (remaja) yang begitu berdisiplin dalam soal pengambilan sarapan pagi ini.

Pada masa yang sama, selain soal kaji selidik yang mengandungi soalan-soalan berkaitan dengan pengambilan sarapan pagi, para pengkaji turut membuat kajian yang merangkumi pelbagai soalan mengenai faktor sosio ekonomi dan juga pelbagai jenis gaya hidup. Bagaimanapun, penyelidikan lebih lanjut perlu dilakukan untuk lebih memahami mekanisma yang digunakan, serta hubungan antara sarapan pagi dan sindrom metabolisme. Bagaimanapun, kajian awal ini telah mendapatkan terdapat kesan secara langsung ke atas kadar gula dalam darah.

Selain itu menurut para penyelidik tersebut, kegemukan terutama di bahagian perut dan kencing manis, nyata jelas mempunyai kaitan dengan pengambilan sarapan yang tidak sempurna ketika zaman kanak-kanak mereka.

Kajian lanjut diperlukan dalam usaha untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai mekanisma yang terlibat antara pengambilan sarapan pagi yang diambil sambil lewa dengan sindrom metabolisme. “Tetapi keputusan yang diperoleh serta kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini turut mencatatkan kesan yang negatif terhadap peredaran gula dalam darah sekiranya sarapan pagi diabaikan ataupun cara pengambilannya adalah sambil lewa," ujar ketua penyelidik, Maria Wennberg. Kajian tersebut turut menyokong beberapa keputusan kajian sebelum ini dari Universiti of Tel Aviv yang mendapati pengambilan lebih kalori pada waktu pagi berbanding pengambilannya pada waktu petang boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan obesiti.

Selain itu, pengambilan sarapan pagi yang banyak juga didapati mampu membuatkan seseorang itu mengalami penurunan berat badan. Keputusan yang diperoleh pada akhir kajian tersebut turut mendapati mana-mana individu yang mengambil sarapan pagi dalam kuantiti yang banyak manakala kuantiti yang sedikir untuk makan tengah hari dan juga makan malam mampu mengurangkan berat badan sekitar 19.1 paun. Berbanding bagi mereka yang mengambil banyak kalori pada sebelah petang atau malam hanya mampu mengurangkan berat badan sehingga 7.9 paun dalam sehari.

Sumber: media serius 


Cadangan pengambilan Sarapan Pagi yang BERKHASIAT dan MENGENYANGKAN:



2 sudu ESP + 3 sudu OAT + Fresh Milk
2 sudu ESP + Milo / Vico / Ovaltine
2 sudu ESP + Susu Kambing + Madu
2 sudu ESP + Dutch Lady Full Cream / Low Fat / Fresh Milk / Strawberry / Chocolate 

Kalau anda seorang yang mementingkan KULIT yang CANTIK, nak JAGA BADAN dan memiliki shape yang lebih cantik, and also nak LEBIH BERTENAGA, Lyana highly recommend anda untuk amalkan ESP sebagai DAILY SUPPLEMENT.

Bulan nih masih lagi dalam promo ESP, so nak dapatkan best price and best deal hanya sehingga 31st October 2014 sahaja yer :)

For orders and consultation,

Your Shaklee Independent Distributor
NUR LIYANA | lyanahisham@yahoo.com
Whatsapp: 0162099703
WeChat ID: lyanahisham
Instagram: @lyanashaklee & @lyanahisham_
Facebook: Lyana Hisham or White Lavender (page)
 

 
Copyright @2016 Lyana Hisham
All Right Reserved
Designed By Shahada Fauzi
Powered By
Blogger.com