The Darlings

WELCOME, DISCOVER WHAT IS HEALTHY LIVING IS ALL ABOUT

Wednesday, January 23, 2013

A better Khalifah.

Assalamualaikum..

Masa kecik-kecik dulu kan, cikgu selalu tanya soalan nih kat murid-murid dia.

"Awak dah besar nanti nak jadi apa?"

Jawapan standard budak kecik baru nak naik,

"Saya nak jadi doktor, cikgu!"
"Saya nak jadi peguam, cikgu!"
"Saya nak jadi pilot, cikgu!

Budak yang pandai bodek cikgu akan jawab,

"Saya nak jadi macam cikgu!" Alololo.. Lepas dengar anak murid jawab macam nih cikgu mesti melting-melting kan.. kan..

Saya masih ingat lagi, dulu saya selalu jawab tiga pekerjaan ni,
  • Doktor (mesti number one punye)
  • Hakim (lagi besar pangkat dari lawyer konon-kononnye)
  • Pensyarah (up sikit laa dari cikgu sekolah katanyee)
Haha sekarang jadi apa? Kerja dekat ofis jer as Planning Officer, kerja dengan production, deal dengan orang. Langsung takde kena mengena dengan cita-cita masa sekolah rendah tuh. Nak jadi doktor tak kesampaian sebab pikir kena belajar lama-lama macam tak nak jer. Lepas tuh everytime kena injection pun nak pejam-pejam mata, nak kena amik darah dah nak termuntah.. Macam nih gaya nak jadi doktor? Harapan laaa.. Penakuts! Jadi hakim pulak takut sebab ustaz kat sekolah agama dulu kata kalau jadi hakim tapi salah buat keputusan, nanti kat akhirat bahu senget sebelah. Terbayang jalan bahu senget sebelah terus takut, tak nak jadi dah even dulu masa kecik berangan ketuk-ketuk meja pakai hammer :P Pensyarah pulak.. Hurmm perhaps kalau rajin nanti nak sambung belajar kemudian-kemudian akan dipertimbangkan :') insya-Allah..

Encik Tunang, dia banyak memberi saya nasihat dan tunjuk ajar selain ibu and ayah lah of course. Encik Tunang nih kadangg-kadang kata-kata dia nampak macam main-main, penuh senda gurau tapi bermanfaat. Dia lah yang banyak mengubah saya menjadi diri saya yang sekarang nih. Dulu kan, masa sekolah saya nih kira bab-bab presentation ke cekap la jugak and petah bila bercakap. Bukan nak poyo, tapi memang keberanian tuh datang sendiri tak gugup pun bila bercakap kat depan. Sampai lah saya masuk asrama penuh masa form 4, dikelilingi orang-orang pandai terlebih saya jadi rendah diri sangat. Kat kelas pun tak banyak bercakap, bergosip tuh mungkin ada :P Sampai lah zaman matriks, cuba la jugak jadi out spoken tapi pun tak laa berani sangat.

Imagine, kalau sesat jalan mulut nak tanya orang pun berat, nak order makan pun mesti nak suruh orang, nak lintas jalan rasanya tunggu jalan raya tuh kosong baru boleh lintas! And a lot of things yang saya memang serba kurang, sangat tak berdikari lah senang citer. Encik Tunang lah yang banyak ubah diri saya seperti saya yang sekarang, dah tak berat mulut lagi dah. Dah lebih independent, bukan seorang yang ke belakang lagi. Saya sangat bersyukur untuk itu, saya sangat bersyukur Allah kurniakan bakal Adam seperti dia untuk melengkapkan diri saya, hidup saya.. insya-Allah. Moga urusan kami dipermudahkan.

Korang, untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan tak semestinya hanya orang yang berpelajaran tinggi, kerja naik pangkat tinggi melangit jer yang boleh dianggap sebagai 'a better Khalifah'. Banyak cara yang kita boleh buat untuk menjadikan diri kita Khalifah yang lebih baik. Mungkin dari segi amalan dan ibadah kita juga boleh jadi lebih baik. Let say dulu tak pernah buat solat sunat qabliah atau ba'diah, sekarang kita boleh amalkan. Dari segi perwatakan, mungkin dulu hati kita keras, sekarang boleh jadi lebih lembut dan redha atas setiap ketentuan Nya. Dari segi pekerjaan, mungkin kita boleh menceburi lebih banyak bidang yang mampu menjadikan diri kita lebih baik, lebih self-motivated, lebih maju dan lebih berjaya..

Saya sendiri, dulu pergi kerja balik kerja. Malamnya tengok tV, tidur, bangun pagi pergi kerja balik semula. Kemudian suatu hari dan ketika, Encik Tunang memberikan cadangan untuk saya kendalikan online business memandangkan saya nih memang penggemar hijab. Tak sah tak beli tudung atau shawl baru tiap-tiap bulan. Mula-mula rasa tak mampu, balik kerja dah penat. Larat ke nak kendalikan order, pos barang semua? Memang tak boleh dibayangkan dalam logik akal saya mampu buat semua tuh. Syukur Alhamdulillah, saya terima cadangan Encik Tunang dan kini saya tak rasa menyesal pun buat semua nih. Itu salah satu cara untuk kita improve diri kita, juga Alhamdulillah ada sedikit rezeki berlebihan tak perlu nak mengharap duit gaji semata-mata untuk bayar duit kereta, insurans, bil telefon, etc. etc tiap-tiap bulan. Lepas business tudung, tambah pulak business produk SNE. Rezeki bertambah, Alhamdulillah lagi-lagi dah nak dekat majlis nih..

 

To improve yourself to be a better Khalifah, there are a lot of ways. Yang penting, kita kena berani mencuba, berani menghadapi risiko dan banyakkan tawakal serta doa setelah kita berusaha untuk menjadi lebih baik. Pintu kebaikan dan rezeki di muka bumi Allah nih luas, bila duduk seorang diri tuh cuba renung-renungkan apa yang kita boleh lakukan untuk menajdikan hari ini lebih baik dari hari semalam. Dah ada niat nak jadi lebih baik pun kebaikan kita dah dicatatkan :)

Okayh, I guess I talk a lot this time. Lama tak mengomel macam nih, sesekali tak pe kan ;) Till then, moga hari-hari kamu sentiasa lebih baik dari hari semalam. Bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan, Allah akan sentiasa beri kita kemudahan insya-Allah.

Have a nice day ahead, Assalamualaikum.

13 comments:

Lelaki Ini said...

hahaha. sy ingt lagi, cita2 oertama,
nak jadi angkasawan!

TeTerBanG said...

kak lyana bertuah dpt jumpa abang muzakir :) hebat abang muzakir smpai ubah kakak lyana jadi sorang yg lebih yakin, independent, etc... moga kakak lyana berjaya di dunia n di akhirat n smoga bhagia ngan abang muzakir :D

Nana Farhana said...

setuju dgn entry yana ni..kite same la..sblum ni xpnah terfikir nk join part time biz..balik keje penat,mlm tdor awal..hehe..tp bila pkir peluang yg ada..y not kita try kn?alhamdulillah dgn berkat part time biz ni,dah byk boleh improve diri especially kewangan..dah blh tarik nafas lega..n nana pun tgh counting days jugak ni..minta dpermudahkan semuanya ya..n for yana juga, wish u al d best in ur online business!=)

linlin clara said...

bertuah awak :)

:: Sarah Zainuddin :: said...

Betol! Kadang2 kite kena berani cube baru bole bdikari. :)

Lyana Hisham said...

lelaki ini, it's not impossible kan.. tp kena jd mcm dr sheikh muszaphar la :)

Lyana Hisham said...

teterbang, thank u syg.. alhamdulillah, mmg bersyukur.. moga Allah pnjg kn jodoh kami hingga hujung nyawa, till jannah insyaAllah..

Lyana Hisham said...

nana, thank u syg.. moga Allah permudahkan urusan kamu :)

Lyana Hisham said...

linlin, syukur Alhamdulillah :)

Lyana Hisham said...

sarah, aah syg.. kepala asyik berfikir nk tmbh biz lg je :) insyaAllah

cimon said...

Waa... bsnsswoman bz tul skrg nh ek, patut arr jarang update blog psal makan2 lg. Huhu.

Anyway, best of luck for the changes to be a better khalifah. (^_^)v

Maria Menado~ said...

waktu sekolah rendah cikgu suruh bagi 3 cita cita yg plg kite nak. nak tahu jawapan saya..

1.cikgu
2.polis
3.surirumah *satukelasgelakdancikguterbahakbahak*

kenangan darjah 3. =P

nur aneesa said...

Kak Lyana , lama tak dengar khabar